Kata Aluan Pengurus



Assalamualaikum buat rakan Sukma. 

Saya tampil dan kongsikan sedikit keterangan tentang keujudan nama Sukma FM. Setelah kami rakan-rakan KRU berperah otak, kami sebulat suara memilih nama Sukma FM sebagai nama radio. Mengikut kamus dewan sukma bermaksud jiwa, hati dan kalbu. Sukma atau jiwa ini ada 2 bahagian yang ujudkan, iaitu hiburan dan hubungan.

Selain daripada hiburan berupa irama, kita boleh berinteraksi, berkongsi info, nukilan dan semua ini boleh dilakukan secara berinteraktif. Hubungan dalam kontek Sukma FM adalah dalam bentuk bersilatulrahim dan berukhuwah. Yang jauh kita dekatkan manakala yang dekat kita mesrakan. Sesungguhnya dari hasrat mengeratkan silaturahim itu maka diambil "Irama Dan Ukhuwah Melangkah Seiring". Harapan kami semoga ia tersemat dihati kita di Sukma, disamping Jangan Ada Benci diantara kita.

Harapan saya semoga Sukma FM terus melangkah jauh bersama wadah-wadah yang akan disediakan untuk anda. Insyaallah nantikan segmen-segmen yang menggunakan perkataan Sukma sebagai pembuka bicara.

1. Sukma Irama - konti pagi & petang
2. Sukma Rindu - konti menjelang senja
3. Sukma Ilham - konti utk puisi dan nukilan
4. Sukma Ria - konti lagu-lagu rancak/rock
5. Sukma Pilihan - konti menunaikan permintaan lagu
6. Sukma Kencana - Konti lagu malar segar dan nostalgia
Semoga rakan Sukma terus menyokong kami, dan kami akan terus menghiburkan anda.

Salam hormat dari warga kerja Sukma FM.

-Arjunah Rindu-

Post a Comment

0 Comments