Puisi : Andai Ku Miliki Semalam

Andai dapat ku genggam semalam
biar ku basuh dengan air mata
agar bicara semalam
itu mengerti.

jangan mengusikku
dalam kenangan.

kerana aku hanyalah bulan
tanpa cahayanya
siapalah kau
disisi rembulan.

pasti pungguk pun
tak ingin bersiulan
pada dahan ketakwaannya
dimana jalan pulang.

agar ia memandang semalam
ada manik yang berguguran
mengalir lesu dalam ragam.

moga kau mengerti pulangnya kerinduan
yang mengusik sering dalam kenangan.
yang aku kekadang benci kerinduan
meskipun dihambat kerinduan.

ku berharap kau mengerti
seperti apapun masa lalu itu
tetaplah berterimakasih.

kerana darinya
ku belajar lebih baik
membasuhi semalam.

kerana kenangan
hanyalah miliki semalam.


نر فردوس فريس فيطري
Auni Shiruzi
johor jati
04.07.2019

Post a Comment

0 Comments