Pencarian Bintang Sukma


Serlahkan bakat anda bersama kami. Sila hantar rakaman anda berbentuk Smule atau Mp3. Pastikan audio anda berkualiti. Hanya 30 penyertaan akan kami terima. Sila baca syarat-syarat atau terma di bawah ini.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Pertandingan adalah percuma

2. Penyertaan adalah secara individu dan mesti menjadi anggota di /groups/sukmafm

3. Peserta juga mesti like atau follow Page Facebook SukmaFM di www.facebook.com/iradiosukmafm

4. Penyertaan boleh menggunakan applikasi "Smule" atau rakaman suara mengguna minus one. Lagu yang dipilih adalah bebas.

5. Hanya 1 lagu sahaja boleh dipertandingkan untuk satu penyertaan.

6. Hantarkan penyertaan anda ke email ir.sukmafm@gmail.com atau whatapps ARjunah Rindu (+65 9185 4314) dengan menyertakan:

i). Nama Penuh

ii). Akaun Facebook

iii). No telefon yang boleh dihubungi

iv). Alamat (untuk penghantaran hadiah )

v). Pautan nyanyian Smule anda jika menggunakan Smule.

vi.). Nyanyian anda dalam bentuk MP3 jika anda menggunakan rakaman minus one.

vii). Saringan kualiti lagu akan dibuat dan lagu yang mengikut piawaian kualiti akan dicalonkan untuk dipertandingkan

7. Nyanyian anda akan disiarkan secara berkala di stesen radio SukmaFM | Irama dan Ukhuwah Melangkah Seiring. Proses pengenalan akan dibuat selepas luput tarikh penyertaan.

8. Senarai nyanyian anda akan dimuatnaik untuk undian pilihan oleh pendengar

9. Selain daripada itu SukmaFM akan melantik panel penilai bebas yang akan juga menentukan penerimaan markah

10. Penganjur berhak membatalkan penyertaan jika peserta tidak memenuhi atau melanggar syarat dan terma penyertaan

11. Keputusan pemenang adalah muktamad. Rayuan tidak akan dilayan

12. Setiap penyertaan akan menjadi hakmilik SukmaFM

13. Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Sept 2019

14. Pemenang akan dihubungi oleh SukmaFM dan nama pemenang akan diumumkan dalam laman sesawang dan Facebook SukmaFM

15. Individu yang pernah membuat rakaman studio atau single tidak dibenarkan menyertai acara ini.

16. Staff dan Kru SukmaFM adalah tidak layak untuk bertanding.

Ayuh tunggu apa lagi? Hantarkan sekarang rakaman nyanyian anda!!

Hadiah yg bakal dimenangi.

Pertama : RM200

Kedua : RM150

Ketiga : RM100

Nantikan banyak lagi hadiah misteri menanti anda.

Post a Comment

1 Comments

  1. Salam Musik dari Indonesia…

    New Release :
    REGI WEKING – Cintamu Bukan Untukmu (CBU)

    Song : Cintamu Bukan Untukku (CBU)
    Singer : REGI WEKING (Ex-Vocalist Kumpulan Heavy Metal "GARUDA FORCE" )
    Songwriter : REGI WEKING
    Genre : Rock Ballad
    Tersedia di :
    • https://itunes.apple.com/album/id1304637464 (iTunes)
    • https://www.youtube.com/watch?v=HlT8cx_ec24 (YouTube)
    • https://open.spotify.com/artist/0rNuoieuXcc3A8YwsOkNA0?fo=1 (Spotify)

    Terimakasih.
    .
    #RegiWeking
    #CintamuBukanUntukku
    #CBU
    #NewRelease
    #LaguBaru
    #NewSingle
    #LatestSingle
    #HitSingle
    #Viral
    #GoViral

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)