Farah Fadzil

DJ Farah Fadzil atau nama sebenarnya Cik Ramlah Mohamed Fadzil merupakan Pengacara Profesional yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan melebihi 12 tahun.

Pernah menjadi pengacara TV atas talian "Starlive" dan "Linktu" Malaysia dan dikenali sebagai VJ Farah "Hola Hola" di kalangan penonton dan pendengar setianya serta merupakan pengacara rasmi untuk kerajaan Negeri Pahang sebelum meletakkan jawatan sebagai kakitangan kerajaan dan serius menceburi bidang pengacaraan. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Beliau telah diiktiraf dan ditauliahkan sebagai pengacara profesional dari beberapa akademi dan agensi seperti iCareer360 milik Allahyarham Dato’ Mahadzir Lokman, Akademi Magnet Sukses (milik Amin Idris), Neuronworks International (milik Rizal Rashid), UTM Skudai, Johor bersama Jais Jamil dan Akademi Pengacara Malaysia (milik Azhani Mohd – RTM)

Mentor-mentor beliau dalam bidang pengacaraan di antaranya ialah selebriti yang tidak asing lagi iaitu :
  1. Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman
  2. Datuk Aznil Haji Nawawi
  3. Dato’ Zaliza Zulkipli
  4. Nurfarahin Jamsari
  5. Amin Idris
  6. Faizal Ismail ( FBI )
  7. Farah Adeeba
  8. Fedtri Yahya
  9. Jais Jamil
  10. Rizal Rashid
  11. Sophian Ab Rahman
  12. Fara Fauzana
  13. Hisham Salleh
  14. Nurul Shuhada Nurul Ain
  15. Siti Murni Abdul Aziz
  16. Teh Syuhaida
  17. Hazrena Kassim
  18. Norzizi Zulkifli
  19. Azhani Mohd
Pernah dianugerahkan sebagai ‘The Best Emcee’ Kategori Wanita di Bengkel Jadi Emcee Terbaik (JET) di Empayar SITIMURNI (RTM).

Juga ditauliahkan sebagai pelatih bertauliah (HRDF trainer) oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Pernah menjadi model secara sambilan dan menggayakan tudung dan pakaian beberapa butik untuk rancangan siaran RTM, TV3 dan TV9 serta terbitan majalah Stailista.

Mula mengenali dunia IRadio melalui DJ Kak M, sahabatnya yang memperkenalkan beliau sebagai penyiar di CiliFM pada tahun 2013. Kemudiannya beliau dijemput untuk bersiaran di CeriaFM pada 24 Februari 2019 sebagai Tamu Jemputan. Seterusnya bersiaran secara duo bersama sahabatnya, DJ Kak M apabila beliau berkelapangan. Kini, beliau bersiaran secara tetap di Sukma FM dan menjadi DJ Jemputan di iRadio Jalinan Kasih FM.

Minat yang mendalam dalam bidang penyiaran mendoroag beliau menceburkan diri dalam dunia iRadio bagi mengisi masa lapangnya selain tugas hakikinya sebagai pengacara bebas dan juga konsultan untuk usahawan yang memerlukan khidmat beliau. 

Post a Comment

0 Comments