Min Zaharah Juara Bintang Sukma

17 Oktober 2019 - Setelah beberapa minggu Pertandingan Bintang Sukma di adakan, akhirnya Jasmin Zaharah dinobatkan sebagai Juara Bintang Sukma mengalahkan pesaingnya yang lain. Tempat ke-2 pula telah dimenangi oleh Effendi Ajmain dan selanjutnya oleh Zamzuri Abd Halim, Joe Meanlez dan Amirah Azman. 

Pertandingan Bintang Sukma ini pertama kali diadakan selepas program carta sukma telah diadakan sebulan yang lalu menampilkan 30 perserta. Saringan peringkat pertama dan selanjutnya 5 perserta telah di bawa ke peringkat akhir. 

Pertandingan ini adalah sepenuhnya diadili oleh 9 orang juri yang telah dipilih oleh SukmaFM. Mereka dikelaskan kepada 3 kategori iaitu Juri dalaman yang terdiri daripada Dj Azul Abu, Jawiyah Osman dan Dj Saloma Salma dibantu oleh SuaraHati Ara. 

Juri awam pula tiga orang semuanya yang terdiri daripada Tengku Hishamuddin Tengku Mohamad, En Mohd Rosli Ibrahim dan Puan Intan Nazirah Mohd Nayan. 

Juri professional pula terdiri daripada penyanyi dan penulis Razzi Rahman yang terkenal dengan nama "Dr Love", En Shukri Hamid, Pemilik studio dan Penerbit di MediaMaju.DC serta Penulis Lagu dan lirik yang pernah mengilham lagu untuk kumpulan Gingerbread, Moses Vadham,Noorkumalasari, Flora Santos, Dato Malek Ridhuan dan lain-lain lagi. 

Penilaian dilakukan terhadap suara, penjaggan tempu dan sebutan lirik yang jelas. Umumnya, semua juri agak sukar untuk memberikan markah kepada semua 5 peserta akhir yang pastinya mereka mempunyai bakat yang tinggi.

Sekalung penghargaan kepada penaja Bintang Sukma iaitu Ilana Kosmetik dan pemiliknya Dr Ilyana yang telah memberikan hadiah kepada semua 30 peserta yang terlibat. Hadiah utama adalah wang sebanyak RM400 berserta hadiah iringan barangan kosmetik berharga RM100, Tempat ke-2 RM 250 dan ke-3 RM 100 manakala ke 4 dan 5 sebanyak RM50 berserta hadiah iringan sumbangan Ilana Kosmetik. 

Post a Comment

0 Comments