Ernee Fazlyana EJ


Nama sebenar Ernie Fazliana Lasuara, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Berkelulusan Ijazah Pendidikan dengan Kepujian, TESL. (Teaching English as a Second Language), Open University Malaysia Diploma pendidikan guru Institut Perguruan Gaya, KK.  

Bekerja sebagai guru sejak tahun 1997 dan menceburi bidang nyanyian bersama band tempatan di Sabah sejak 1980 an lagi. 

Menceburi bidang pengacaraan semenjak tahun 1997 bermula sebagai pengacara majlis anjuran badan swasta dan kerajaan dan seterusnya menjadi pengacara bebas untuk majlis, karnival, konsert artis di Sabah. 

Pernah digandingkan dengan pengacara Mahadir Lokman untuk "International Woman's Day" pada tahun 2016 dan 2017 yang dianjurkan oleh IKSnita Malaysia, mengacara pelbagai majlis peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. 

Penglibatan masakini selain dari menjadi pengacara dan penyanyi bersama "Unite Band" dan beberapa band lain untuk pelbagai majlis. Mendapat didikan dari penyanyi Rudy Ahmad, Kenneth Boon. Juga mengikuti beberapa  kursus pengacaaraan dan protokol majlis anjuran INTAN, RTM dan INSTITUT BAKAT neg eriSabah. 

Menjadi pengacara tetap KELAB ARTIS MALASIA, di bawah Presiden Azharina Azhar dan SMART CLUB di bawah penaungnya Datuk DJ Dave. Sering mendapat undangan untuk mengacara pelbagai majlis sehingga kini.

Post a Comment

0 Comments