Projek 3 Detik

Projek 3 detik merupakan gabungan 3 pementasan teater yang diterajui oleh Parallact ART, Persatuan Seni Ceritera, Stefeni Event dan Teater Hidayah yang telah diadakan bermula Dec 20, 2019 dan berakhir Jan 1, 2020. Parallact mementaskan teater yang bertajuk sebuah monolog berantai sembunyi yang dipentaskan pada 27, 28 dan 29 Disember 2010. Ceriterea pula mempamerkan teater Sel akhir. Stefeni Event dan Teater Hidayah mementaskan teater bertajuk Pelabuhan Jauh. Pementasan masing-masing dibuat pada tanggal 20,21 dan 22 Disember serta 30, 31 Disember 2019 dan 1 Jan 2020. 

SINOPSIS TEATER SEL AKHIR 

 Saat tu dia dah tak boleh nak tidur lagi dah. Manusia yang dah tau ajalnya, dia dah tak boleh tidur lagi... Antara manusia yang boleh tahu bila dia akan mati ialah Banduan Akhir.Apabila seorang banduan dihukum gantung sehingga mati, maka namanya pada ketika itu akan bertukar menjadi Banduan Akhir dan biliknya akan diasingkan di dalam #SelAkhir. Orang yang namanya banduan akhir ini, apabila selesai saja Hakim membacakan keputusan, lututnya dah tak mampu berdiri teguh lagi. Sebab dia cuma tinggal beberapa hari saja lagi untuk bernafas. Dan saat tu air mata sentiasa berguguran. Pada masa tu lah kita akan tengok bagaimana Banduan Akhir ini menghabiskan kehidupannya. Sentiasa membaca Al-Quran dan mula ingat Tuhan. Masa tu lah mula terkenangkan diri yang penuh dosa. Yang dah terlalu lama tinggalkan tanggungjawab terhadap keluarga, ibu dan ayah. Masa tu jugalah solat mereka akan lebih panjang dari biasa dan berzikir tanpa henti. Kenapa? Sebab dia dah tau tau tarikh kematiannya. Saat tu dia dah tak boleh nak tidur lagi dah. Manusia yang dah tau ajalnya, dia dah tak boleh tidur lagi tuan-tuan dan puan-puan.Sebab itulah Allah rahsiakan tarikh kematian kita supaya kita boleh menikmati hari-hari terakhir kita macam biasa. Allah rahsiakan tarikh kematian kita sebagai bukti dan RahmatNya kepada kita. Banduan Akhir ni walaupun dibukakan rahsia tarikh kematiannya, dia jauh lebih beruntung dari kita semua. Dia diberi kesempatan untuk bersedia dan bertaubat. Kerana majoriti manusia yang menghadap Allah tidak sempat bertaubat. Maka lahirlah seluruh keikhlasan dalam hatinya untuk menghadap Allah. Beruntung mereka kan? Sehari sebelum menjelang hari kematiannya, Banduan Akhir ini diberi keistimewaan untuk pesan apa saja makanan yang diingini. Tapi apa yang mereka nak pesan? Kebanyakan Banduan Akhir ini tidak lagi akan memesan apa² makanan.Menjelang hari kematiannya, bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur. Selalunya kes banduan akhir ini, esok dia bangun selepas dia solat subuh, hukumannya mesti dijalankan di antara jam 6 hingga 7 pagi. Maka benarlah apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. Walaupun dia tau tarikhnya, tapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar, dia tak tahu. Itu Rahsia Allah. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.00 pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.Banduan Akhir ini akan diberi peluang untuk bercakap dengan ahli keluarganya. Namun tak ada ungkapan yang akan terkeluar dari mulut mereka. Hanya pelukan dan tangisan. Yang mereka perlukan di saat ini hanyalah kemaafan. Kemudian mereka akan dibawa pergi lalu digantung sehingga mati. 

SINOPSIS SEMBUNYI 

Sekolah, tempat di mana kita harapkan anak-anak kita dapat belajar menjadi orang yang berguna..Tetapi, sekolah juga tempat penyimpanan rahsia dari pengetahuan ibu bapa..Sejauh mana kita sebagai ibu bapa mengetahui perkembangan anak-anak kita? Begitu ramai anak-anak muda sekarang berubah personaliti di rumah bersama keluarga dengan di sekolah bersama rakan-rakannya...

Monolog Berantai Sembunyi mengisahkan tentang 6 Individu yang masing2 mempunyai kisah untuk diSEMBUNYIkan. Semuanya disampaikan dalam bentuk bermonolog atau cakap berseorangan di satu ruang pentas dan ianya membentuk suatu cerita yang utuh dalam menyampaikan mesej dan isu remaja hari ini yang akan membuatkan kita sedar yang kita harus memantau pergerakan anak-anak kita sepanjang masa.

Selagi detik ini bernafas, selagi itulah tidak terlambat untuk kita merubah keadaan...

Siapa Ms Hannan? Adakah dia juga mempunyai sesuatu yg cuba dirahsiakan..? Ms.Hannan ialah seorang guru wanita yang mempesona kerana personalitinya yang manis,ayu,sopan dan penyayang kepada murid-muridnya. Tetapi disebalik tudung litupnya, tersembunyi sebuah rahsia yang terikat kemas. Sehingga satu peristiwa berlaku dan dia tidak mampu lagi untuk Sembunyi Siapakah PIAN? Pian ialah seorang pelajar kelas belakang yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan amat dikenali di kalangan cikgu dan pelajar2 lain. Bagi Pian, sekolah dan kawan2 adalah segala-galanya. Tapi semuanya berubah selepas satu rahsianya tersebar, setelah sekian lama dia cuba SEMBUNYIKAN! 

SINOPSIS PELABUHAN JAUH 

'Hanya kerana satu dentuman segalanya menjadi keraguan' Walau apa pun alasan,kau tetap seperti aku..

Post a Comment

0 Comments