Teater Sel Akhir 2

Setelah mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lalu dalam program 3 detik, kini Sel Akhir mementaskan versi ke 2 pada tanggal 28, 29 dan 1 March 2020. Pementasan akan berlangsung di Sanggar Teater Fauziah Nawi di alamat Jalan putra 4, 6900 Kuala Lumpur, Malaysia, Pas Masuk boleh menghubungi Kakaa Ashireen di talian +6 016 993 2931. 

Para pelakun atau pemain teater yang mengambil bahagian adalah Wan Raja, Saiful Wazein dan Azlan Komeng serta penampilan khas oleh Pn Hjh. Fauziah Nawi. Pementasan adalah arahan Khusiary Mahayudin atau lebih dikenali sebagai Boss Fendy. Naskah skrip olej Najwa Ahmad.

T-Shirt Sempena Pementasan Sel Akhir 2.

Dapatkan T-Shirt Edisi Terhad yang ditandatangani oleh semua pemain atau pelakon pementasan. Setiap gambar tertera membawa maksud khusus dalam olah penceritaan. Dapatkan dari kru SukmaFM dengan menghubungi Dj Farah Fadzil.

Sinopsis Sel Akhir 2

Saat tu dia dah tak boleh nak tidur lagi dah. Manusia yang dah tau ajalnya, dia dah tak boleh tidur lagi.

Banduan Akhir merupakan manusia yang boleh tahu bila dia akan mati. Apabila seorang banduan dihukum gantung sehingga mati, pada ketika itu akan digelar sebagai "Banduan Akhir" Biliknya diasingkan di dalam #SelAkhir. Ketika Hakim memutuskan perbicaraan lututnya dah tak mampu berdiri teguh lagi. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk bernafas. Saat tu air mata sentiasa berguguran.

Pada masa tu lah Banduan Akhir menghabiskan kehidupannya dengan membaca Al-Quran dan ingat Tuhan. Pada masa itu terkenangkan diri yang penuh dosa, masa-masa meninggalkan tanggungjawab terhadap keluarga, ibu dan ayah. Masa tu jugalah solat mereka akan lebih panjang dari biasa dan berzikir tanpa henti. Kenapa ? Sebab dia dah tau tau tarikh kematiannya. Saat tu dia dah tak boleh nak tidur lagi dah. 

Hikmah Allah rahsiakan tarikh kematian kita supaya kita boleh menikmati hari-hari terakhir kita macam biasa. Allah rahsiakan tarikh kematian kita sebagai bukti dan RahmatNya kepada kita. Banduan Akhir ni walaupun dibukakan rahsia tarikh kematiannya, dia jauh lebih beruntung dari kita semua. Dia diberi kesempatan untuk bersedia dan bertaubat. Kerana majoriti manusia yang menghadap Allah tidak sempat bertaubat. Maka lahirlah seluruh keikhlasan dalam hatinya untuk menghadap Allah.

Sehari sebelum menjelang hari kematiannya, Banduan Akhir ini diberi keistimewaan untuk pesan apa saja makanan yang diingini. Tapi apa yang mereka nak pesan? Kebanyakan Banduan Akhir ini tidak lagi akan memesan makanan. 

Menjelang hari kematiannya, bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur. Selalunya kes banduan akhir ini, esok dia bangun selepas dia solat subuh, hukumannya mesti dijalankan di antara jam 6 hingga 7 pagi. Maka benarlah apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. Walaupun dia tau tarikhnya, tapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar, dia tak tahu. Itu Rahsia Allah. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.00 pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.

Banduan Akhir ini akan diberi peluang untuk bercakap dengan ahli keluarganya.Namun tak ada ungkapan yang akan terkeluar dari mulut mereka. Hanya pelukan dan tangisan. Yang mereka perlukan di saat ini hanyalah kemaafan. Kemudian mereka akan dibawa pergi lalu digantung sehingga mati.

Dalam "Sel Akhir" ini kami ingin membawa anda untuk selami dan merasai pengalaman berdepan dengan banduan yang bakal menjalani hukuman mereka atas ketidakadilan manusia, lalu mereka yang menjadi mangsa.

"ANDA AKAN RASAI APA YANG BELUM ANDA RASAI". 

Comments